Saturday, December 4, 2010

Kegiatan Ekonomi Tradisional


Kegiatan Ekonomi Tradisional


Kegiatan Ekonomi Tradisional merupakan kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat awal pada zaman awal kerajaan melayu dan negara-negara di Asia Tenggara. Sistem Ekonomi Tradisional ini juga dikenali juga sebagai sistem ekonomi Sara diri. Ekonomi Sara diri juga bermaksud sistem ekonomi khas untuk menyara kehidupan keluarga dan juga untuk ahli keluarga semata-mata. Sekiranya wujud lebihan barulah setiap keluarga menjalankan aktiviti pertukaran Barang yang dikenali sebagai sistem Barter.
Kegiatan-kegiatan yang dijalankan oleh sistem Ekonomi Tradisional, satu kegiatan menanam padi. Iaitu Padi Sawah yang dijalankan di lembah-lembah tanah pamah yang mudah diairi untuk sepanjang tempoh penanaman padi dijalankan, kedua padi Huma iaitu padi yang ditanam dikwasan tanah tinggi,yang dihasilkan melalui sistem lereng-lereng, yang memerlukan jumlah air yang sedikit.

Kegiatan Menanam buah-buahan dan sayur-sayuran yang cepat matang, sementara menunggu makanan utama iaitu beras yang datang dari nasi. Selain itu, tanaman yang biasa ditanam ialah tanaman jangka pendek seperti Ubi Kayu,Ubi keledek, jagung ,pisang ,pelbagai jenis ubi-ubi dan buah-buahan yang banyak.

Mencari Hasil hutan yang terdapat didalam hutan yang terdiri daripada rotan, damar, mengkuang, buluh dan buah-buahan serta ulam-ulaman yang datang dari hutan belantara yang datang dari hutan. Aktiviti mencari hasil hutan ini dijalankan pada waktu senggang selepas pulang dari bendang dan kebun. Aktiviti mencari sarang burung di gua-gua juga dijalankan serta mencari kayu api dijalakan dipinggir-pinggir hutan.

Menangkap ikan di sawah padi,parit,sungai dan lautan untuk mencari sumber protien untuk keluarga, selain ikan masyarakat awal mencari siput,ketam, sotong dan rumpai laut sebagai sumber makanan/protien kepada ahli keluarga.
Menternak haiwan untuk keluarga seperti ayam,itik,kambing ,lembu ,kerbau dan khindzir. selain sebagai sumber daging, telur dan susu daripada haiwan-haiwan tersebut, haiwan digunakan sebagai tenaga kerja mengangkat barang-barang dan membajak tanah pertanaian seperti lembu dan kerbau.
Aktiviti masa lapang penduduk awal Di Asia Tenggara dan Tanah Melayu adalah membuat raga rotan,membuat tikar mengkuang, membaiki perahu dan memperbaiki rumah dan membuat kerja-kerja pertukangan yang lain. Membina rumah dan membina perahu selain itu turut menjalankan aktiviti menjahit jala dan membina jala.



Menanam Padi Sawah/Padi Huma



Kegiatan Memelihara Binatang






Kegiatan Memelihara Ikan




Kegiatan Menangkap Ikan














1 comment:

  1. Ok note ni leh digunakan untuk SPM Sejarah dan STPM Kertas 2 Sejarah Malaysia

    ReplyDelete