Saturday, December 4, 2010

Candi Angkor Wat (Kerajaan Agraria )



Angkor Wat

Angkor Wat dibina oleh Raja Suryavarman 1, bagi melambangkan Kekuatan kerajaan Agraria dan Kemegahan agama Hindu di Kemboja (Combodia). Pembinaan Candi ini adalah bertujuan bagi menunjukkan kekuatan sebuah kerajaan yang disegani dan ditakuti pada zaman tersebut dan kemegahan serta kekayaan pemilik kerajaan tersebut.

Kewujudan dan kelebihan negara kemboja yang memiliki banyak sungai menjadikan Negara kemboja begitu aktif dalam bidang pertanian, kemudahan bagi mengairi kawasan-kawasan pertanian menjadikan Kerajaan Angkor sebuah kerajaan yang paling terkenal dalam bidang pertanian.

Kerajaan Angkor juga terbentuk dengan Kesuburan dataran lanar yang dijadikan tempat pertanian yang terdiri daripada tanaman padi sawah dan bukit,buah-buahan segar,sayur-sayuran dan herba disepanjang dataran subur dan pinggir-pinggir sungai.
Dataran berair seperti Tasik Tonle Sap dan sungai2 Sap yang lain mampu menhasilkan sumber air sahaja kepada penduduk bahkan membukapeluang bagi mendapatkan sumber protien dari sungai yang luas terbentang, seperti Ikan dan makanan protien yang lain untuk kegunaan seharian.

Kelebihan memiliki sungai yang panjang juga amat berguna bagi penduduk pada zaman kerajaan Angkor ini adalah kerana menjadi laluan untuk menuju kesesebuah tempat dan memendekkan jarak perjalanan bagi meredah hutan belantara dan gunung- ganang.

No comments:

Post a Comment