
Cabaran akhir Musim Ke-4 The Amazing Race Asia
Khamis 9.00 Malam dan Siri Ulangan jam 7.15 Petang Jumaat.
Amazing Race Episod akhir yang bakal berlangsung tidak lama lagi yang bakal menjanjikan debaran kepada penonton dan juga peserta. Sebelum ini 3 episod yang menyajikan ketiga-tiga peserta dari Malaysia berjaya kepusingan akhir , iaitu pada musim pertama menyandang Juara Jojer dan Sabrina, musim kedua mendapat tempat ke-2 gandingan adik beradik Vanessa dan Pamela dan Musim ketiga mendapat tempat ketiga hasil gandingan mantap aktress tanah air iaitu Ieda Nerina dan Tania. Namun musim keempat sekadar mendapat tempat kelima hasil gabungan Ethan dan Khairi yang tersilap langkah dalam membuat tugasan di negara Indonesia iaitu Bali dalam cabaran mengira wang yang berjaya dikalahkan oleh Richard n Richard yang kini mendapat tempat pada Top 3.
Ayuh kita saksikan siapakan akan merebut sebagai juara The Amazing Race Musim ke-4
Pasangan Pertama
Natasha dan Hussien ( Indonesia)

Pasangan Ayah dan anak ini menunjukkan kekuatan yang dimiliki oleh mereka secara konsisten , ini kerana sepanjang perlawanan mereka sentiasa berada dikedudukan terbawah ,namun taktik dan strategi ditambahkan dengan kerjasama yang tinggi kedua-dua peserta ini berjaya mara ke akhir.. Adakah Pasukan dari Indonesia ini mampu menyerlah dan menyandang gelaran Juara TARA Ke-4.
Richard dan Richard (Filipina)

Pasukan Filipina ini merupakan kawan rapat dan pasukan pilihan ramai kerana mempunyai kekuatan sebagai seorang lelaki yang muda dan pantas, sentiasa berada ditangga teratas dan konsisten sepanjang pertandingan. Adakah juara milik mereka.
Claire dan Micheall ( Singapura)

Pasukan lincah dari negara Singa ini amat lincah dan sentiasa menunjukkan keseronakkan dalam setiap tugasan yang diberikan sentiasa ceria dan fokus dalam perlumbaan dan tiada masalah untuk mereka memenagi pertandingan ini.
So nantikanlah...siapa juara..








